Maqis Pulau Pinang rampas 21kg sate katak

Iklan
Seorang pegawai Maqis Pulau Pinang menunjukkan sate katak yang bernilai RM1,500 yang dirampas di LTAPP pada Jumaat.

GEORGE TOWN - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 21 kilogram (kg) sate katak bernilai RM1,500 pada Jumaat.

Maqis Pulau Pinang dalam kenyataannya berkata, makanan eksotik tersebut dirampas di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dipercayai dibawa dari Myanmar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rampasan itu dilakukan hasil kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui bantuan mesin pengimbas dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai Maqis di LTAPP.

"Rampasan dibuat hasil daripada pemeriksaan bagasi yang dilakukan terhadap beberapa penumpang dari Myanmar.

Iklan

Tambahnya, perbuatan mengimport keluaran hasilan haiwan tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh di hukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama.

Sate katak dirampas di pintu masuk LTAPP oleh Maqis Pulau Pinang pada Jumaat.

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Iklan

"Pihak Maqis tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam sektor pertanian negara.

"Kawalan terhadap kemasukan produk-produk hasilan pertanian akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan dan keterjaminan makanan terpelihara," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!