Suami isteri warga emas maut kereta bertembung bas ekspres

Iklan
Kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa remuk selepas kemalangan di Kilometer 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah pada Jumaat.

MACHANG - Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, pasangan berkenaan yang menaiki kereta Perodua Kancil dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Machang.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, mangsa, Abdul Razab Awang Kechik, 88, dan isterinya, Zaiton Ismail, 70, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi.

"Kejadian dipercayai berlaku selepas Perodua Kancil yang dipandu Abdul Razab terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung bas ekspres," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, siasatan mendapati bas berkenaan membawa 29 penumpang dan kesemua mereka termasuk pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

Iklan

"Kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu dengan menghubungi penyiasat trafik, Inspektor Khairulanwar Adamb di talian 011-10085165.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!