Beri peluang kepada masyarakat setempat fahami Kerajaan Madani

Iklan
Rubiah meninjau reruai makanan yang mengambil bahagian pada Program Madani Rakyat 2024 Zon Pantai Timur yang berlangsung di Dataran Sayangi Kuantan di sini.

KUANTAN- Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur menjadi platform terbaik dan memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan Kerajaan Madani dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata, program pada kali ini juga akan memberi tumpuan kepada aktiviti berkaitan kesejahteraan rakyat, agenda perpaduan, pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), karnival kerjaya, pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan.

Iklan
Iklan

"Tumpuan turut diberikan kepada kesejahteraan luar bandar, pameran dan perkhidmatan berhubung pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta kecerdasan buatan (AI)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program ‘walkabout’ di tapak Program Madani Rakyat Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan di sini pada Jumaat.

Rubiah (empat dari kanan) menyerahkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR bernilai RM10,000 sumbangan RISDA Fleet Sdn Bhd untuk hadiah cabutan bertuah.

Iklan

Rubiah berkata, lebih 300,000 pengunjung dijangka hadir sepanjang tiga hari program itu diadakan.

Rubiah berkata, sasaran itu mampu dicapai mengambil kira pelbagai perkhidmatan dan aktiviti menarik yang ditawarkan kepada pengunjung.

Iklan

Menurutnya, Program Madani Rakyat dianjurkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik KKDW dan kerajaan Negeri Pahang.

Pengunjung berpeluang menyaksikan secara dekat dua ekor gajah denak, Myantopian dan Rambai yang dibawa khas dari Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah (PKGK), Lanchang

Rubiah berkata, terdapat 34 reruai pameran dan 188 perkhidmatan daripada kementerian dan agensi yang menyertai program itu dengan pelbagai perkhidmatan secara langsung ditawarkan kepada rakyat berdasarkan lokaliti dan demografi setempat.

"Selain itu terdapat 34 acara pentas utama juga akan dilaksanakan sepanjang program berlangsung.

"Program Jualan Madani juga dijangka mendapat sambutan berikutan tawaran harga istimewa yang ditawarkan kepada pengunjung selain pameran aset-aset kerajaan," katanya.

Rubiah mencuba permainan robotik yang dipamerkan pada Program Madani Rakyat 2024 Zon Pantai Timur.

Tambah beliau, pengunjung juga berpeluang menyaksikan secara dekat dua ekor gajah denak, Myantopian dan Rambai yang dibawa khas dari Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah (PKGK), Lanchang.

"KKDW selaku kementerian peneraju bagi siri Program Madani Rakyat kali ini akan mengetengahkan tema berkisarkan pembangunan usahawan desa sebagai platform dan peluang bagi mereka memasar, menjual dan memperkenalkan produk mereka kepada warga Zon Timur.

"Kementerian juga akan mempromosikan produk-produk dan aktiviti pelancongan luar bandar misalnya melalui Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), memberi peluang pengunjung melihat secara langsung pertandingan gasing, rebana ubi dan aktiviti sepak takraw yang disediakan.

Rubiah mencuba motosikal yang dipamerkan.

"Agensi seperti Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) pula mempromosikan Tasik kenyir dan Taman Herba," jelasnya.

Selain itu, antara program dan perkhidmatan disediakan termasuk kaunter tawaran pengurangan 50 peratus bayaran saman trafik, pertukaran 3,000 topi keledar motosikal dan lebih 1,700 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Karnival Kerjaya.

Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.