Sindiket pelacuran tumpas, 75 warga asing ditahan

Iklan
Pelacur warga asing ditahan JIM bersama pasangan semasa operasi khas di Selangor dan Kuala Lumpur pada Khamis. Foto JIM

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket persundalan warga asing dalam operasi khas di beberapa daerah di Selangor dan Kuala Lumpur pada Khamis.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi bermula jam 1.45 tengah hari itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Iklan
Iklan

Katanya, operasi itu berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu sebelum anggota pasukan terbabit diatur gerak ke lokasi dan menahan 57 wanita masing-masing 32 warga Indonesia, 11 warga Bangladesh, lapan warga Vietnam dan enam warga India.

Beliau berkata, operasi dilakukan di lapan lokasi berasingan iaitu dua di Jalan Tun Razak dan enam di Jalan Pudu di Kuala Lumpur, Kampung Baru Subang di Shah Alam, Pusat Bandar Puchong di Puchong, Taman Andalas Jaya, Taman Bayu dan Klang Central di Klang.

Iklan
Warganegara asing yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini. Foto JIM

Selain itu kata beliau, pihaknya turut menahan tujuh lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia lingkungan 23 hingga 65 tahun.

Menurutnya, semakan awal mendapati 13 wanita Indonesia dan empat wanita warganegara Vietnam yang ditahan memiliki pas yang masih sah laku, sementara dua wanita Indonesia dan seorang wanita Vietnam telah tinggal lebih masa.

Iklan

Tambahnya lagi, warganegara asing lain yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.

Sebahagian pelacur warga asing ditahan. Foto JIM

"Pasukan operasi telah merampas satu telefon bimbit, 15 pasport Indonesia, lima naskhah pasport Vietnam, wang tunai sebanyak RM1,750, satu set komputer serta 10 buah buku kerja daftar pelanggan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!