Pemimpin, ahli UMNO perlu ada peranan - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid (tiga, kanan) menerima cendera mata daripada Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

PASIR PUTEH - Pemimpin UMNO perlu memainkan peranan seperti mana yang sudah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tanggungjawab itu merupakan satu amanah yang perlu diselesaikan.

Iklan
Iklan

"Letakkanlah diri kita di mana jawatan kita yang sudah dipertanggungjawabkan kerana ALLAH SWT sudah meletakkan amanah itu pada kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh Kali Ke-30.

Iklan

Ahmad Zahid turut menasihati ahli supaya mengambil iktibar daripada kejatuhan lalu.

"Daripada pengajaran itu, walaupun sudah berada di puncak, ahli UMNO tetap perlu mendengar nasihat pemimpin," katanya.

Iklan

Dalam ucapan sama, beliau meminta UMNO Pasir Puteh membantu untuk kemenangan calon pada Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri Ogos depan.

"Semangat UMNO kini sudah memuncak semula dan kita mahu merampas kerusi beberapa kawasan yang kini diduduki pembangkang di negeri ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!