Perut salai masak lemak cili api 'meletup' di Kelantan

Iklan
Mohd Afiq menunjukkan menu perut salai masak lemak cili api yang diperkenalkan sejak empat bulan lalu dan mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan, bukan sahaja dari Kelantan tetapi Terengganu dan Pahang.

BACHOK - Masakan salai berasaskan lemak cili api biasanya sinonim dengan orang Negeri Sembilan, namun seorang peniaga kedai makan di Jelawat di sini tidak menyangka percubaannya memperkenalkan menu tersebut di Kelantan 'meletup' dan mendapat sambutan.

Lebih menarik apabila ia bukan sahaja menampilkan daging, itik, ikan keli semata-mata tetapi buat pertama kalinya menu perut lembu salai masak lemak cili api dihasilkan.

Iklan
Iklan
Buat pertama kalinya menu perut lembu salai masak lemak cili api dihasilkan dan dijual di Jelawat, Bachok.

Mohd Afiq Muhammad, 38, berkata, menu tersebut diperkenalkan sejak empat bulan lalu itu mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan, bukan sahaja dari Kelantan tetapi Terengganu dan Pahang.

Iklan

"Selepas sebulan ia bertambah, kini 50kg perut diperlukan setiap hari," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau yang mempunyai pengalaman 15 tahun dalam bidang masakan berkata, resipi masak lemak cili api itu dipelajari daripada orang Rembau, Negeri Sembilan yang dikenali sebagai paksu dan cukup terkenal dengan masakan tersebut di Machang.

Iklan
Pada awalnya Mohd Afiq hanya berani menjual sekitar lima kilogram (kg) perut lembu salai setiap hari namun kini ia bertambah sehingga 50 kg.

Ujarnya, pada awalnya beliau mengekalkan rasa yang sama, namun ramai pelanggan tidak dapat menikmati kerana terlalu pedas.

Mohd Afiq memberitahu, beliau cuba mengolah masakan itu dengan menjadikan ia pedas manis sesuai dengan selera orang Kelantan.

"Kebiasannya perut lembu dimasak sup, air asam, goreng, kerabu tetapi belum pernah ada salai dan dimasak lemak cili api," katanya.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, masakan tersebut dijual pada harga RM8 semangkuk dan RM10 jika bersama nasi putih, sambal, timun dan ikan kering goreng.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, masakan tersebut dijual pada harga RM8 semangkuk dan RM10 jika bersama nasi putih, sambal, timun dan ikan kering goreng.

Tambah beliau, setakat ini kedainya yang dibuka bermula jam 11 pagi hingga 5 petang dan menu perut salai masak lemak cili api biasanya akan habis sebelum jam 3 petang lagi.

Buat pertama kalinya menu perut lembu salai masak lemak cili api dihasilkan dan dijual di Jelawat, Bachok.

Mohd Afiq memberitahu, selain itu dia turut menjual nasi ayam claypot, serta nasi berlauk pada sebelah malam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!