UMNO belum cukup nazak
Iklan
SHAH ALAM - UMNO perlu fokus melaksanakan pengukuhan dalaman untuk mengembalikan kekuatan parti serta mempamerkan prestasi terbaik demi memenangi hati akar umbi dan rakyat.
Pensyarah Pengajian Polisi, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, merangkap Felo Penyelidik Unit Literasi dan Advokasi Politik, Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, kelemahan UMNO kini adalah disebabkan perpecahan dalaman terutama pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan berterusan hingga pasca PRU15.