Laporan audit, siapa peduli?
Iklan
RAKYAT macam sudah tak terperanjat lagi dengan Laporan Ketua Audit Negara. Laporan terbaru dedahkan banyak lagi kelemahan tadbir urus kewangan yang melibatkan kementerian, jabatan, agensi, perbadanan dan badan-badan yang mendapat dana kerajaan.
Rakyat dah ‘lali’ dengan cerita kebocoran, ketirisan, kelemahan dan salah guna wang. Tiap tahun Ketua Audit Negara buat teguran dan cadangan pembaikan.