Ular tedung tercekik botol ubat batuk

Iklan
Seekor ular tedung tercekik botol ubat batuk dalam kejadian di India. Agensi

NEW DELHI - Seekor ular tedung nyaris mati selepas hampir tertelan sebotol ubat batuk yang disangka tikus dalam kejadian jarang berlaku di Bhubaneswar, negeri Odisha.

Mujurlah, sukarelawan bantuan ular dihubungi telah tiba tepat pada masa lokasi kejadian dan berjaya mengeluarkan botol tersebut.

Iklan
Iklan

Video yang tular itu dikongsi dalam platform X oleh pegawai Perkhidmatan Hutan India, Susanta Nanda,

Dalam video itu, reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.

Iklan

Kemudian, anggota sukarelawan datang dan terus memegang rahang reptilia tersebut serta mengeluarkan botol ubat batuk sebelum melepaskannya kembali ke dalam hutan.

Namun, selepas video tular di media sosial, ramai netizen memuji tindakan anggota sukarelawan tersebut serta marah terhadap segelintar orang ramai yang gagal melupuskan sisa sampah dengan sempurna sehingga membahayakan hidupan liar dan alam sekitar.

Iklan

"Tahniah dan anda bukan sahaja membantu ular tersebut, tetapi berjaya mengekalkan kelestarian alam semulajadi," menurut netizen.

Seorang lagi netizen menulis ciapan bahawa peraturan ketat perlu diwujudkan supaya orang ramai tidak membuang sampah sesuka hati.

"Manusia paling mencipta banyak masalah untuk makhluk lain di bumi ini tetapi bukan sahaja haiwan dan alam sekitar malah sesama mereka," katanya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!