'Hayati al-Quran sebagai hadiah ALLAH SWT kepada kita' - Mashitah

Iklan
Dr Mashitah (kanan) menyerahkan sumbangan kepada penduduk di Kabin Mak Teh,di sini, baru-baru ini.

ALOR SETAR - Umat Islam tidak boleh sekadar membaca al-Quran, sebaliknya perlu memahami dan menghayati isu kandungan kitab suci itu.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, ia memandangkan kitab al-Quran banyak mempunyai keistimewaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, antaranya kitab suci tersebut mengandungi pelbagai ilmu berguna kepada umat Islam.

"Saya petik apa dikatakan Jalaluddin al-Rumi (iaitu) jika anda pandang Al-Quran dengan pandangan mata, anda akan lihat huruf-huruf. Jika anda pandang Al-Quran dengan pandangan akal, anda akan melihat ilmu pengetahuan.

Iklan

"(Sebagai contoh) Ada ilmu hendak bagi anak berjaya, ada ilmu hendak mendapatkan anak dan lain-lain ilmu pengetahuan lagi.(Jadi)Kita kena tengok dengan akal kita," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kabin Mak Teh, di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berhasrat menjadikan kabinnya sebagai pusat komuniti termasuklah untuk pengajian al-Quran.

Iklan

"Bukan sekadar untuk hendak baca dan khatam, jadi harus langkah ke setapak (ke depan) iaitu lepas baca kena faham, ini yang para sahabat buat," katanya.

Dr Mashitah memaklumkan, pihaknya tidak mahu masyarakat ini sekadar melihat al-Quran untuk dibaca semata-mata.

"Yang penting kena faham, sebab itu saya rasa hari ini kita nak ubah pandangan masyarakat (daripada) baca (kepada) memahami (dan) menafsirkan.

"Memahami itu sangat penting untuk kita betul-betul menghayati al-Quran ini sebagai hadiah ALLAH SWT kepada kita," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, YPPM banyak menyumbangkan kitab al-Quran untuk mengalakkan masyarakat untuk mendekati al-Quran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!