Pemburuan emas membara di AUG 2024

Iklan
Karate realisasikan misi emas Surabaya-Malang 2024.

BAIT-BAIT irama lagu rasmi Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024, Raga Membara, terus memacu semangat pemburuan pingat emas kontinjen negara apabila menjelmakan emas ke-36 sekali gus melepasi sasaran 35 pingat ditetapkan sebelum ini pada hari ke-10 temasya.

Pada Jumaat, atlet karate, HS Sureeya menghadirkan pingat emas ke-35 negara selepas memenangi acara Kumite Lelaki Bawah 60 kilogram (kg) sebelum KS Thevendran Kaliana Sundram memacu emas ke-36 apabila mengungguli acara Lelaki Kumite Bawah 55kg.

Sureeya dan Thevendran.

Iklan
Iklan

Sureeya yang gembira apabila berjaya mempertahankan pingat emas edisi Ubon Ratchathani 2022, Thailand berkata:"Saya sangat gembira biarpun mengalami kecederaan ringan di kaki pada saingan kelayakan. Namun itu tidak memadamkan semangat saya untuk melangkah ke final."

Kem taekwondo turut menghadirkan kilauan emas negara menerusi sentuhan Muhammad Syafiq Zuber yang unggul di pentas Kyorugi Bawah 87kg lelaki sekali gus mengakhiri kemarau 16 tahun.

Muhammad Syafiq Zuber yang unggul di pentas Kyorugi Bawah 87kg lelaki

Iklan

Aura Mohammad Firdaus Israj juga tidak mengecewakan pertaruhan kem silat apabila menghadirkan emas menerusi acara Putra B.

Kem olahraga juga meneruskan rentak emas apabila menambah medal itu melalui Muhd Rizzua Muhammad Haizad dalam acara 110 meter (m) berpagar lelaki dengan catatan 13.94 saat (s).

Muhd Rizzua menambah pingat emas menerusi acara 110 meter (m) berpagar lelaki.

Iklan

Kuartet 4x400m lelaki gandingan kudrat Abdul Wafiy Roslan, M Shakira Daniel Fauzi, M Firdaus M Zemi dan Umar Osman 3.13.94s.

Kuartet 4x400m lelaki tidak mengecewakan di Surabaya.

Turut menyumbangkan emas gandingan Mandy Goh Li, Chelsea Cassiopea Bopulas, Frenynila Sherly Lucius dan Shereen Samson Vallabouy di arena 4x400m wanita dengan catatan 3.46.35s.

Kuartet 4x400m wanita padu di Surabaya.

Sebagai rekod, edisi Ubon Ratchathani 2022 kontinjen negara juga melepasi sasaran 35 emas sebelum menutup kempen dengan 49 medal berkenaan.

AUG SURABAYA MALANG 2024

HARI KESEPULUH

Pungutan Pingat

7 emas | 4 perak | 6 gangsa

Pungutan Pingat Keseluruhan

36 emas| 36 perak | 58 gangsa

PINGAT EMAS

MOHAMMAD FIRDAUS ISRAJ (UPNM)

Silat Olahraga: Putra B

M. SYAFIQ B. ZUBER (Politeknik Nilai)

Taekwondo: Kyorugi Bawah 87kg lelaki

MUHD RIZZUA MUHAMAD HAIZAD (UPM)

Olahraga: 110m Berpagar lelaki

MANDY GOH LI (UPM), CHELSEA CASSIOPEA BOPULAS (UMS), FRENYNILA SHERLY LUCIUS (UMS), SHEREEN SAMSON VALLABOUY (Winona State University)

Olahraga: 4x400m wanita

ABDUL WAFIY ROSLAN (UM), M. SHAKIR DANIEL FAUZI (UPSI), M. FIRDAUS M. ZEMI (UPM), UMAR OSMAN (Politeknik Ibrahim Sultan)

Olahraga: 4x400m lelaki

SUREEYA SANKAR HARI SANKAR (UPNM)

Kumite Lelaki Bawah 60kg

THEVENDRAN KALIANA SUNDRAM (UPNM)

Lelaki Kumite Bawah 55kg

PINGAT PERAK

KAMAL FARHAN A. RAHMAN (UPM)

Olahraga: Lontar Peluru Lelaki

NUR HANISAH ZULKIFLI (UTHM)

Silat Olahraga: Putri F

MADELINE WONG MEI GE (TAR UMT), LIM HUI LING (MSU), LEBIN PH'NG (TAR UMT).

Karate: Berpasukan Kata Wanita

PUT THAI FU CERN (Politeknik Metro KL)

Taekwondo: Kyorugi Bawah 58 lelaki

PINGAT GANGSA

NURUL HIDAYAH LUKMAN (UPM)

Olahraga: Tukul Besi Wanita

MADHURI POOVANEESAN (UPM)

Karate: Kumitee Bawah 55kg Wanita

BOLA KERANJANG 5 ON 5

Wanita

SHAHMALARANI CHANDRAN (Sunway University)

Karate: Kumite Bawah 50kg wanita

ROSITA LUANG ANAK JABING (UPSI)

Olahraga: Lompat Tinggi Wanita

M. LUQMAN HAKIM M. SUHAIMI (Politeknik Merlimau)

Taekwondo: Kyorugi Atas 87kg Lelaki

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!