Persatuan Ulama’ Malaysia sokong RUU Mufti Wilayah Persekutuan

Iklan
Persatuan Ulama’ Malaysia mengambil pendirian untuk menyokong Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 yang akan dibahaskan di Parlimen.

SHAH ALAM - Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 amat penting untuk memantapkan lagi hal ehwal pentadbiran Islam, terutama yang melibatkan institusi mufti di Malaysia, khususnya bagi Wilayah Persekutuan.

Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, mengambil kira perkara itu, persatuan itu mengambil pendirian untuk menyokong RUU berkenaan yang akan dibahaskan di Parlimen.

Iklan
Iklan
Wan Mohamad

"Penegasan RUU ini terhadap pentakrifan ahli sunnah wal jamaah daripada aspek akidah, fikah dan tasawuf memberikan gambaran bahawa ia adalah suatu perkara penambahbaikan penting bagi urusan yang berkaitan Islam, demi memastikan perpaduan dalam kalangan umat dapat diperteguh serta dipereratkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Wan Mohamad, PUM juga mengambil maklum bahawa proses yang dilalui untuk merangka RUU ini telah mula dilakukan sejak tahun 2013 lagi.

Iklan

Jelasnya, ia juga telah melalui pelbagai peringkat penambahbaikan sebelum dibentangkan di Parlimen untuk disokong oleh ahli Parlimen bagi memastikan ia dapat dilaksanakan.

"Oleh yang demikian, PUM mengambil pendirian menyokong RUU ini bagi kemaslahatan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!