Ada bekas pemimpin UMNO ibarat kemuncup - Ahmad Jazlan

Iklan
Ahmad Jazlan berucap pada Majlis Penutup mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh Kali Ke-30 pada Jumaat.

PASIR PUTEH - Beberapa bekas pemimpin UMNO sebelum ini boleh diibaratkan seperti kemuncup di seluar dalam yang boleh memecahbelahkan parti itu.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaacub membuat perumpamaan berkenaan kerana ada dalam kalangan mereka yang menjadikan 'ketidakselesaan' dalam parti.

Iklan
Iklan

"Kalau tidak percaya, boleh letak kemuncup dan pakai (rasa tidak selesa). Mereka inilah yang menggagalkan agenda parti untuk memartabatkan bangsa dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh Kali Ke-30 di sini pada Jumaat.

Iklan

Majlis dirasmikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, beliau yakin UMNO bakal mengubah landskap politik di negeri Kelantan melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri Ogos depan.

Iklan

"Kita akan 'memasuki' pilihan raya di Nenggiri dengan solidariti dan sokongan padu yang tidak berbelah bagi daripada jentera UMNO.

"Kesemua jentera sudah memberi mandat kepada Presiden parti (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) untuk memilih siapa sahaja calon di Nenggiri," katanya.

Ahmad Jazlan turut kecewa kerana ada ahli yang masih menyimpan perasaan ragu-ragu terhadap pucuk kepimpinan parti.

"Ada dalam kalangan kita mengambil kesempatan untuk mencemar dan membunuh karakter presiden supaya dibenci oleh rakyat dan ahli sendiri," katanya.

Bagaimanapun katanya, masih ramai pemimpin UMNO akan terus memastikan parti itu menjaga dan melindungi agama, bangsa dan tanah air.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!