'Cuaca baik, segera laksanakan tanggungjawab mengundi' - Kon Yeow

Iklan
Kon Yeow

SUNGAI BAKAP - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengharapkan orang ramai di Sungai Bakap keluar melaksanakan tanggungjawab pada hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) pada Sabtu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, dengan keadaan cuaca yang baik sejak awal pagi tadi sepatutnya dimanfaatkan oleh mereka untuk keluar mengundi.

Iklan
Iklan

"Kita sudah menjalankan kempen dengan sebaik-baiknya. Syukur tak ada insiden yang tidak diingini dan hari ini pengundi akan buat keputusan.

"Harap juga keadaan cuaca kekal sehingga petang supaya mengurangkan gangguan dan keselesaan kepada pengundi untuk datang beramai-ramai menunaikan kewajipan sebagai pengundi," katanya ketika ditemui pemberita ketika melakukan tinjauan di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara di sini, pada Sabtu.

Kon Yeow ketika meninjau di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara pada Sabtu.

Iklan

Kon Yeow berkata, mengikut kelaziman peratusan keluar mengundi pada PRK akan rendah berbanding pilihan raya umum.

Namun beliau mengharapkan pada PRK Sungai Bakap peratusan keluar mengundi boleh mencapai 65 peratus ke atas.

Iklan

Tambahnya, beliau masih menaruh harapan calon mewakili Kerajaan Perpaduan akan mencapai kemenangan pada hari ini.

Sementara itu, bercakap mengenai tinjauan yang dilakukannya di SMK Bandar Tasek Mutiara dan sebuah lagi pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng di sini, Kon Yeow berkata, kedua-dua sekolah utu merupakan tempat pengundi yang ramai melebihi 8,000 pengundi.

Katanya, kedua-dua pusat mengundi berkenaan akan mempengaruhi keputusan PRK Sungai Bakap pada hari ini.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.