Lelaki maut motosikal terbabas langgar tiang elektrik

Iklan
Keadaan mangsa selepas motosikal ditunggang terbabas lalu melanggar tiang elektrik di Jalan Mengabang Panjang Batu Rakit di Kuala Nerus pada Sabtu.

KUALA NERUS - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang terbabas dan merempuh tiang elektrik di Jalan Mengabang Panjang Batu Rakit di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Idzam Erman Osmannizam, 23, yang beralamat di Machang, Kelantan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda FS150 itu dari arah Batu Rakit menghala ke Lembah Bidong.

"Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut," katanya.

Iklan

Beliau berkata, kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan