Al-Sultan Abdullah, Tuanku Azizah berkenaan meriahkan sambutan 50T MRSM Kuantan

Iklan
Alumni MRSM Kuantan merakam kenangan bersama Al-Sultan Abdullah dan Tuanku Azizah pada Majlis Mega Picnic sempena sambutan 50T MRSM Kuantan di Taman Gelora pada Sabtu.

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan berangkat menghadiri Majlis Mega Picnic sempena sambutan 50 tahun (50T) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan pada Sabtu.

Baginda diiringi, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah tiba di Taman Gelora dekat sini kira-kira jam 10 pagi.

Iklan
Iklan

Keberangkatan baginda berdua disambut Presiden Ansara Malaysia, Noor Azizee Abd Aziz, Ketua Program 50T MRSM Kuantan, Mohamed Fadzil Shaari dan Ketua Program Mega Picnic 50T MRSM Kuantan, Rashidi Rashid.

Tunku Azizah (duduk, kanan) dan Al-Sultan Abdullah (duduk,kiri) bersama alumni MRSM pada Majlis Mega Picnic sempena sambutan 50T MRSM Kuantan di Taman Gelora pada Sabtu.

Turut hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN)Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pendidikan, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak, serta Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi danan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam.

Iklan

Pada majlis itu, baginda berdua diiringi 50 bekas pelajar MSRM dengan memulakan '50 Laps of Memory Walk' di pusat rekreasi terbabit.

Al-Sultan Abdullah dan Tuanku Azizah berjalan sambil beramah mesra dengan warga MSRM Kuantan dan pengunjung di situ.

Iklan

Lebih istimewa, baginda berdua turut berkenaan mendendangkan dua lagu iaitu Butakah Cinta daripada kumpulan Spring dan lagu nyanyian Broery Marantika yang bertajuk Gubahanku kepada pengunjung termasuk warga MSRM di Taman Gelora.

Al-Sultan Abdullah dan Tuanku Azizah menghadiahkan dua lagu pada Majlis Mega Picnic sempena sambutan 50T MRSM Kuantan di Taman Gelora pada Sabtu.

Al-Sultan Abdullah turut mengucapkan tahniah di atas sambutan 50 tahun MSRM Kuantan.

Al-Sultan Abdullah dan Tuanku Azizah seterusnya disajikan dengan persembahan gamelan yang disampaikan Dr Shafa'atussara Silahudin, FSG band dan tarian daripada para pelajar MRSM Kuantan.

Majlis itu diadakan bagi menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan MRSM Kuantan dengan penuh semangat dan keriangan.

Ia bagi merapatkankan lagi persahabatan dan kekeluargaan dalam kalangan bekas pelajar, selain berkongsi kenangan dan pengalaman serta memperkukuhkan hubungan sosial.

Tunku Azizah dan Al-Sultan Abdullah beramah mesra dengan salah seorang anak kepada alumni MRSM yang hadir pada Majlis Mega Picnic sempena sambutan 50T MRSM Kuantan di Taman Gelora pada Sabtu.

Lebih 2,000 yang terdiri daripada alumni MRSM seluruh negara, kakitangan dan pelajar MRSM Kuantan serta ahli keluarga hadir bagi memeriahkan majlis yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu dan berakhir pada Ahad.

Antara aktiviti diadakan persembahan busking, permainan tradisional dan sukaneka, ceramah perdana awal muharram serta persembahan wayang pacak tayangan filem 'Memoir Seorang Guru', selain pertandingan khemah beragam.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta anakanda baginda bersama seluruh warga MSRM pada Majlis Mega Picnic sempena sambutan 50T MRSM Kuantan di Taman Gelora pada Sabtu.

Bagi acara pada Ahad, dimulakan dengan senamrobik, projek komuniti gotong-royong membersih pesisiran pantai Teluk Sisek seterusnya majlis penutup Mega Picnic 50T MRSM Kuantan.

Al- Sultan Abdullah dan Tuanku Azizah berkenaan meninggalkan majlis berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!