Teliti mansuh salah satu sistem pengurusan pekerjaan asing yang bertindih

Iklan
Saifuddin Nasution bercakap pada sidang media selepas Larian Hari Polis 'Community Safety Run' sempena Peringatan Hari Polis ke-217 di Dataran Putrajaya pada Sabtu. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mempertimbangkan fungsi dua sistem pengurusan pekerja warga asing yang berlaku pertindihan antara agensi termasuk memansuhkan salah satu sistem berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara tersebut yang dimaklumkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini dan kementeriannya akan meneliti lebih lanjut pendedahan mengenai dua sistem berkenaan.

Iklan
Iklan

Kata beliau, pihaknya akan memutuskan sama ada salah satu daripada sistem itu akan dimansuhkan selepas penelitian dibuat.

Beliau berkata demikian selepas program Larian Hari Polis 'Community Safety Run' sempena Peringatan Hari Polis ke-217 di Dataran Putrajaya.

Iklan

Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, dalam soal pengurusan pekerja asing, ada empat elemen diguna pakai iaitu mengurangkan kos migran, mempercepatkan proses kelulusan, menjaga kebajikan pekerja asing dan menjaga keperluan majikan.

Iklan

Menurut beliau, kesemua perkara itu perlu diberi perhatian sewajarnya demi kebajikan pekerja asing itu sendiri dan pihak majikan yang telah banyak mengeluarkan kos.

Katanya, satu keperluan bagi menjaga kebajikan pekerja asing kerana kumpulan itu sanggup meninggalkan kampung halaman demi bekerja di Malaysia.

"Berkaitan majikan, mereka sudah banyak berbelanja dan mereka pastinya mahu mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.

"Berpandukan empat kerangka ini, ia menjadi kewajipan kepada kami untuk menambah baik amalan yang digunakan pakai pada masa ini, termasuk apa sahaja dapatan daripada PAC," ujarnya.

Sebelum ini, PAC mendapati berlaku pertindihan fungsi antara agensi dalam membangunkan sistem pengurusan pekerja asing dan ia dilihat membazirkan wang awam.

Ia melibatkan Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Laporan itu mendedahkan, sistem FWCMS didapati telah digunakan selama lebih kurang enam tahun tanpa kontrak yang dimuktamadkan dan ia jelas melanggar peraturan ditetapkan kerajaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!