Matrikulasi untuk semua bangsa tidak jejas bumiputera

Iklan
Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan ketika Majlis Pelancaran 30 tahun 5PMCK pada Sabtu.

PASIR MAS - Keputusan menempatkan semua bangsa di kolej matrikulasi atau pusat asasi tidak menjejaskan peluang pelajar bumiputera untuk mengikuti pengajian di pusat pendidikan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini ada yang mempertikaikan, jika dibuka secara merit kononnya kuota bumiputera akan dikecilkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai komitmen untuk membuka peluang kepada pelajar semua kaum di negara ini.

"Perkara itu sudah dibawa ke mesyuarat Kabinet beberapa minggu lalu supaya mereka dapat mengikuti program matrikulasi," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran 30 tahun Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Kelantan (5PMCK) pada Sabtu.

Ahmad Zahid berkata, mustahil untuk memberikan kesamarataan kepada semua tetapi kerajaan harus memberikan kesaksamaan kepada rakyat tanpa mengurangkan kuota untuk bumiputera.

Iklan

Jelasnya lagi, ada pelajar bukan bumiputera yang mendapat 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia tetapi dinafikan kemasukannya ke kolej matrikulasi.

"Kita tahu bahawa Perkara 153 Perlembagaan memberikan memberikan dukungan untuk memberikan keistimewaan kepada orang Melayu tanpa mengetepikan bangsa lain," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mahu sistem pendidikan negara diteruskan walaupun berlaku pertukaran pemimpin.

Sistem pendidikan merupakan acuan yang harus digunakan untuk mewujudkan kebersamaan dalam kalangan rakyat secara keseluruhannya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!