PM Anwar beri sumbangan bantu pesakit asma, resdung kronik

Iklan
Sumbangan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau dalam sesi Ziarah Madani di Sentul. Foto FB Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada reformis Henry Albert, untuk membantu meringankan beban kos pembedahan segera dan rawatan susulan anaknya Theshvin Henry yang menghidap penyakit asma dan resdung kronik.

Sumbangan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau dalam sesi Ziarah Madani di Sentul baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar mendoakan Theshvin selamat menjalani pembedahan dan segera pulih, sekali gus dapat kembali aktif dan menjalani kehidupan harian seperti biasa.- Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan