Warga emas rugi RM241,900, lakukan 25 transaksi ke 16 akaun bank

Iklan
Wanita warga emas mengalami kerugian sebanyak RM241,900 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud sejak April lalu. Foto hiasan

KUALA KANGSAR - Seorang wanita warga emas mengalami kerugian sebanyak RM241,900 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud sejak April lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, mangsa berusia 67 tshun dilaporkan telah tertarik dengan satu iklan pelaburan saham menerusi Facebook.

Iklan
Iklan

"Mangsa melakukan 25 transaksi ke 16 akaun bank menggunakan wang simpanannya bermula April hingga Jun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, mangsa menyedari ditipu apabila tidak menerima sebarang untungan yang dijanjikan dan seterusnya membuat laporan polis.

Iklan

Orang ramai diingatkan lebih berhati-hati ketika melayari media sosial dan sentiasa cakna dengan trend sindiket penipuan yang sentiasa berubah kini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan