Ajak datang rumah berbual, tapi kena liwat

Iklan
Mangsa telah diliwat oleh seorang lelaki tempatan yang baharu dikenali pada Mac lalu di gimnasium kondominium tempat tinggal suspek - Gambar hiasan 123RF

PETALING JAYA - Seorang pemuda tidak menyangka ajakan berbual di rumah kenalan yang baharu dikenalinya bertukar menjadi detik hitam apabila dia diliwat di sebuah kondominium dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian terbabit daripada seorang lelaki warga asing berusia 25 tahun pada jam 9.57 malam Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa menyatakan dia telah diliwat oleh seorang lelaki tempatan yang baharu dikenali pada Mac lalu di gimnasium kondominium tempat tinggal suspek.

"Semasa sampai di rumah, suspek telah bertindak membuka pakaian mangsa dan mula menyentuh tubuh badan serta kemaluan mangsa.

Iklan

"Mangsa dipercayai tidak menjerit kerana tidak mahu jiran sekitar mendengar atau nampak kejadian yang boleh memalukan dirinya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Shahrulnizam berkata, mangsa telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat kesan koyakan pada dubur.

Iklan

Beliau berkata, selepas mendapat rawatan, mangsa telah dibenarkan pulang dan kes disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

"Selain itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam pergaulan bagi mengelak daripada berlaku kejadian tidak diingini," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!