Pian, Rambai jadi tarikan Program Madani Rakyat

Iklan
Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat dua ekor gajah yang dibawa khas dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (PKGK), Lanchang pada Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan pada Sabtu. Foto Bernama

KUANTAN - Dua ekor gajah jinak Pian dan Rambai mencuri perhatian pengunjung di Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur yang sedang berlangsung di sini pada Sabtu.

Pian dan Rambai yang masing-masing berumur 50 dan 41 tahun dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, sudah menjalani latihan khusus untuk membiasakan diri dengan pengunjung sekali gus memberi haiwan itu peluang menyinar menjadi haiwan kebanggaan negeri Pahang.

Iklan
Iklan

Ketua pusat itu Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, seramai 15 petugas dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ditugaskan untuk memastikan interaksi haiwan berkenaan dengan pengunjung berjalan lancar sepanjang program itu.

Beliau berkata, pengunjung bukan sahaja berpeluang berinteraksi dengan gajah betina itu malah boleh beri haiwan berkenaan makan tetapi hanya makanan yang disediakan oleh Perhilitan bagi mengelakkan gajah mengalami keracunan makanan.

Iklan
Dua ekor gajah yang diberi nama 'Pian' dan 'Rambai' dibawa khas dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (PKGK), Lanchang menjadi tarikan utama pada Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan pada Sabtu. Foto Bernama

"Sambutan orang ramai amat menggalakkan. Kebanyakan pengunjung datang bersama anak-anak masing-masing jadi Pian dan Rambai sering dibelai serta diberikan makanan,” katanya kepada Bernama.

Mikhail yang berusia tiga tahun jelas teruja apabila melihat gajah berkenaan.

Iklan

"Ini kali pertama dia melihat gajah secara dekat. Selalunya hanya melihat di hadapan skrin atau dalam bentuk animasi,” kata bapa Mikhail, Huzairi Idris, 33.

Pesara Salmah Suhaimi, 66, berkata pameran gajah itu satu inisiatif yang baik untuk mendidik orang ramai mengenai hidupan liar.

Beliau berpendapat program percuma seperti ini menggalakkan kehadiran lebih ramai pengunjung kerana lazimnya orang ramai perlu membayar untuk melihat hidupan liar seperti gajah. - Bernama