HUJUNG bulan ini anda tak tahu nak ke mana?
Jom ke Karnival Rakyat Karangkraf 2024 yang dianjurkan pada 26 Julai hingga 28 Julai 2024 sempena memperingati ulang tahun ke-18 Sinar Harian.
Bertemakan tradisional dan kerakyatan, karnival ini mengetengahkan dua komponen utama iaitu Sukan Rakyat dan Pentas Rakyat.
Berikut antara aktiviti menarik yang boleh anda sertai.
1. Busking Rock Kapak (28 Julai 2024, Pentas Utama Karangkraf)
Acara ini menampilkan 10 kumpulan terbaik yang telah dipilih juri pada saringan separuh akhir dan akan berentap di pentas utama Karnival Rakyat Karangkraf pada 28 Julai 2024. Tema lagu adalah rock kapak era 80-an dan awal 90-an. Untuk anda yang gemarkan lagu-lagu rock kapak, ini sesuai untuk anda, Yeah! Yeah!
2. Motosikal Siput (28 Julai 2024, Dataran Karangkraf)
Bagi mat-mat dan minah-minah motor, kalau biasa anda tunggang motosikal dengan laju, namun pada pertandingan ini mereka yang menunggang motosikal paling lambat bakal membawa pulang wang tunai ditawarkan. Pendek kata Siapa Lambat, Dialah Pemenang!
3.Pakaian Kucing Tercantik Tomkraf (28 Julai 2024, Dewan Karangkraf Seksyen 15)
Bukan sahaja manusia, untuk haiwan kesayangan pun ada aktiviti. Pemilik si bulus bawalah kucing anda dan peragakan cantik-cantik mana tahu bawa pulang wang tunai!
4."Couple" Bikin Romantis (27 Julai 2024, Dewan Karangkraf)
Nak tengok pasangan 'bersemut' mencipta pakaian daripada kertas surat khabar dengan berkonsepkan tradisional/klasik. Bukan kaleng-kaleng tau! Peserta juga akan sediakan pickup line untuk pasangan masing-masing. Mana tahu boleh tiru lepas ni.
5.SinarPlus Mencari Siti (27 Julai 2024, Dataran Karangkraf)
Mereka yang bernama 'Siti' akan dikumpulkan di sini. Jika anda bernama ‘Siti’ dan berumur 17 tahun ke atas, anda wajib menyertai pertandingan SinarPlus Mencari Siti ini Jahit butang baju, kupas bawang, anyam ketupat antara aktiviti yang akan dipertandingkan untuk ‘Siti’ yang berani menyahut cabaran. Pasti 'Siti' pun tak sabar nak jumpa 'Siti' kan...
6.Tating Lawi (Kategori sekolah rendah, 26 Julai 2024) (Kategori sekolah menengah, 27 Julai 2024) (Kategori terbuka/orang awam, 28 Julai 2024)
Tating lawi merupakan permainan seperti sepak takraw. Dalam acara ini peserta akan tunjukkan kehandalan masing-masing tetapi menggunakan bulu ayam.
7.Tuju Tin (Kategori sekolah rendah, 26 Julai 2024) (Kategori sekolah menengah, 27 Julai 2024) (Kategori terbuka/orang awam, 28 Julai 2024)
8. Sukaneka (Kategori sekolah rendah, 26 Julai 2024) (Kategori sekolah menengah, 27 Julai 2024) (Kategori terbuka/orang awam, 28 Julai 2024)
Acara ini melibatkan acara Terompah Gergasi, Tapak Gajah, Lompat Guni, Susun Bata dan Gelung Berantai. Kalau anda rindukan nostalgia permainan masa kecil-kecil dulu. Moh komer!
9.Riuh Rewang (28 Julai 2024, Dataran Karangkraf)
Dalam aktiviti ini, peserta akan menyediakan 3 jenis masakan untuk 20 orang. Makanan kemudian akan diberikan kepada orang awam untuk makan.
10.Busana Tradisional Cilik
Seramai 50 kanak-kanak akan memperagakan pakaian bertema tradisional atau klasik masing-masing. Pastinya comel-comel belaka.
Nanti dulu, untuk pelajar sekolah pun ada banyak lagi aktiviti menarik seperti:
11.Pertandingan Sekolahku Meriah
Pertandingan Sekolahku Meriah di Karnival Rakyat Karangkraf akan dipilih berdasarkan sekolah yang hadir dengan jumlah kehadiran paling ramai. Bukan itu sahaja, murid-murid yang hadir akan turut mendapat e-Sijil kehadiran.Cara untuk menang mudah sahaja, hanya datang dan daftar nama sekolah pelajar/anak anda di khemah urusetia KARNIVAL RAKYAT KARANGKRAF pada 26-28 Julai 2024 ini.
12.Dikir Barat
13.Bercerita
14.Sajak
15.Syair
16.Mewarna
17.Melukis Poster
18.Hari Kantin Sinar Bestari
19. Tarian Tradisional
Selain pertandingan, di Karnival Rakyat Karangkraf berlangsung selama 3 hari juga pelbagai aktiviti menarik yang disediakan antaranya:
- SinarPlus MakanFest
- Fiesta Kucing Tomkraf
- Pameran dan jualan rakyat
- Jualan Buku Karangkraf
- Jualan Rahmah
- Pertunjukan seni persembahan
- Permainan tradisional dan sukan kampung
- Rumah hantu
- Demonstrasi badan unit beruniform
- Perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara
- Cabutan bertuah dan banyak lagi
Jom ke Karnival Rakyat Karangkraf. Jumpa kami di sana!