Undi pos: PH mendahului PN tujuh undi PRK Sungai Bakap

Iklan
Keadaan semasa di Pusat Perjumlahan Rasmi Undi PRK Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan pada petang Sabtu.

SUNGAI BAKAP - Pakatan Harapan (PN) melalui calonnya, Dr Joohari Ariffin kini mendahului calon Perikanan Nasional (PN), Abidin Ismail dengan tujuh undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

PH secara tidak rasmi memperoleh 63 undi melalui undi pos berbanding PN yang memperoleh 56 undi pada petang Sabtu.

Iklan
Iklan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang, Fahmi Zainol melalui laman X.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff yang meninggal dunia pada 24 Mei lalu dan Kerusi DUN Sungai Bakap mempunyai 39,279 pemilih.

Iklan
Iklan

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.