PRU16: Hasrat Zahid kerjasama dengan PH tanda semangat setiakawan - Anthony Loke

Iklan
Anthony Loke

SEREMBAN - DAP menyambut baik kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang parti itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, hasrat yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri itu menunjukkan telah wujud satu semangat setiakawan antara kedua-dua gabungan terbabit.

Iklan
Iklan

"Bila kita ada dalam kerajaan gabungan ini, mesti ada semangat kerjasama yang tinggi. Jadi kita mahu melihat semangat ini berterusan.

"Janganlah ada duri dalam daging dalam Kerajaan Perpaduan kerana apa dihasratkan dan disampaikan oleh Datuk Zahid itu menunjukkan satu semangat setiakawan dan semangat mahu merapatkan perpaduan ini," katanya ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ehsan mangsa banjir Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan di sini pada Sabtu.

Iklan
Anthony Loke Siew Fook dan Tengku Zamrah menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ampangan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.

Menurutnya lagi, jika mahu menjayakan agenda dalam kerajaan hari ini, PH dan BN perlu ada semangat perpaduan yang tinggi.

Iklan

Ujarnya, kedua-dua gabungan juga tidak boleh ada perasaan syak wasangka dan perlu bantu-membantu serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Bagaimanapun katanya, perbincangan secara rasmi berkenaan kerjasama bagi menghadapi PRU16 belum lagi diadakan.

"Memang dari segi keputusannya, kita sekarang fokus kepada kerajaan dan soal pilihan raya itu kemudianlah.

"Tapi apa yang penting, ada beberapa semangat yang ditunjukkan umpamanya, selepas kita membentuk Kerajaan Perpaduan, kita telah kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri tahun lalu.

"Itu satu kerjasama yang baik dan dalam siri-siri Pilihan Raya Kecil sekarang ini memang kerjasama itu berterusan," katanya.

Malah kata Anthony, mereka juga sudah menunjukkan persefahaman yang baik setiap kali berdepan PRK apabila parti penyandang kekal bertanding di kerusi ditandingi.

Tambahnya, itu sudah cukup membuktikan yang Kerajaan Perpaduan hari ini 'solid'.

Sebelum itu, beliau menyampaikan bantuan kepada 110 mangsa banjir DUN Ampangan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!