SUNGAI BAKAP - Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail dilaporkan sedang mendahului calon Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 3,014 undi setakat jam 7.30 malam.
Keputusan tidak rasmi itu berdasarkan carta kemas kini yang disediakan Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Parti Keadilan Rakyat PKR.