Peguam Trump mahu guna 'hak' imuniti

Iklan
Pada awal minggu lalu, Hakim Juan Merchan turut menunda keputusan kes jenayah pertama Trump berhubung pembayaran wang menutup mulut kepada bekas bintang porno, Storm Daniels. - Foto Agensi

NEW YORK - Peguam kepada Donald Trump pada Jumaat memohon penangguhan kes salah urus dokumen sulit kerajaan selepas Mahkamah Agung memutuskan bilionair hartanah itu selaku Presiden Amerika Syarikat (AS) 'kebal' daripada sebarang pendakwaan.

Trump didakwa membahayakan keselamatan negara apabila menyimpan dokumen rahsia di kediaman peribadinya, Mar-a-Lago setelah meninggalkan Rumah Putih.

Iklan
Iklan

Menerusi tuntutan dikemukakan kepada Hakim Mahkamah Daerah Florida, Aileen Cannon, ia memohon penilaian tentang 'implikasi' keputusan Mahkamah Agung terhadap kes difailkan Peguam Khas, Jack Smith terhadap Trump.

Difahamkan, calon Parti Republikan yang akan bertanding semula Pilihan Raya Presiden AS pada November depan itu telah memohon pembelaan imuniti berhubung empat kes jenayah terhadapnya.

Iklan

Pada awal minggu lalu, Hakim Juan Merchan turut menunda keputusan kes jenayah pertama Trump berhubung pembayaran wang menutup mulut kepada bekas bintang porno, Storm Daniels yang dijadualkan pada Khamis ini.

Trump turut menghadapi pertuduhan di Washington dan Georgia kerana bersubahat untuk membatalkan keputusan pilihan raya pada 2020. - AFP

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!