Starmer mula bertugas, ikrar bina semula Britain

Iklan
Starmer dijadualkan mengadakan mesyuarat Kabinet pertama pada Sabtu. - Foto Agensi

LONDON - Perdana Menteri baharu Britain, Keir Starmer memulakan agenda utama beliau untuk 'membina semula' negara itu pada hari pertama memulakan tugas pada Sabtu selepas mengambil alih kuasa daripada tampuk kepimpinan Konservatif yang telah memerintah selama 14 tahun.

Pada Jumaat, pemimpin tersebut menghabiskan masa di Pejabat No. 10 Downing Street untuk melantik pasukan menteri di bawah kepimpinannya, beberapa jam setelah Parti Buruh memenangi 174 kerusi majoriti diperlukan di Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Iklan
Iklan

Starmer juga dijadualkan mengadakan mesyuarat Kabinet pertama bersama barisan kepimpinan baharu termasuk Menteri Kewangan wanita pertama, Rachel Reeves dan Setiausaha Luar, David Lammy.

"Usaha transformasi negara ini bermula serta-merta,” ujarnya selepas beliau dilantik secara rasmi sebagai pengganti Rishi Sunak oleh Raja Charles III.

Iklan

Starmer, 61, turut mengulangi lima 'misi' utama beliau termasuk memastikan Perkhidmatan Kesihatan Negara kembali kepada asal dan memastikan keselamatan di sempadan.

Beliau juga bakal berdepan cabaran besar untuk mengendalikan ekonomi yang tidak stabil dan kos sara hidup tinggi yang membebankan rakyat.

Iklan

"Melakukan perubahan kepada negara bukan seperti memetik suis. Keadaan sekarang agak sukar dan dijangka mengambil masa untuk proses itu,” katanya.

Kemenangan mengejut Buruh yang meraih 412 kerusi dan menewaskan Konservatif yang memperoleh121 kerusi turut menerima ucapan tahniah daripada pemimpin dunia. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!