PRK Sungai Bakap: Penyokong PN rai kemenangan awal

Iklan
Calon PN, Abidin Ismail (dua kanan) meraikan kemenangan.

SUNGAI BAKAP - Penyokong Perikatan Nasional (PN) mula meraikan kemenangan di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN di Taman Halaman Indah di sini seawal jam 7 malam.

Calon PN, Abidin Ismail turun dilihat hadir ke BGU bagi meraikan kemenangan kerusi N20 Sungai Bakap yang tiba kira-kira jam 8 malam.

Iklan
Iklan

Kesemua mereka dijadualkan akan berkonvoi ke Dewan Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Jawi bagi mengikuti pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya yang diangka diumumkan pada bila-bila masa.

Kemeriahan di Bilik Gerakan Utama PN di Taman Halaman Indah, Sungai Bakap

PN dipercayai berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap selepas Abidin Ismail menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 4,267 undi.

Iklan

Keputusan tidak rasmi itu berdasarkan carta kemas kini yang disediakan Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Parti Keadilan Rakyat PKR.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Julai lalu.

Iklan

Abidin bertanding dalam pertembungan satu lawan satu antara wakil Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin.

Seramai 39,279 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 57 anggota polis.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.