LANGKAT - Wanita ini sememangnya wajar digelar 'anak dari neraka'.
Tindakannya yang tergamak memukul ibunya sendiri hingga bajunya berlumuran darah turut menjadi tular di media sosial.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.
Klip berdurasi 34 saat itu dikongsikan pemilik akaun Fery Kiting di Facebook dengan kapsyen, 'Ya ALLAH, tergamaknya wanita muda itu aniaya ibu kandungnya hingga berdarah-darah.'
Rakaman itu akhirnya sampai ke pengetahuan pihak berkuasa, namun jurucakapnya, Dedi Mirza pada Jumaat mengesahkan kedua-dua pihak sudah berdamai.
"Punca dia sanggup mencederakan ibunya tidak diketahui," ujarnya.
Menerusi klip itu, wanita tersebut dilihat menyerang ibunya, namun jiran tetangga cuba menghalangnya daripada terus memukul mangsa.
Ibu wanita itu kemudiannya menjauhkan diri daripadanya dan meminta perkara itu dimaklumkan kepada keluarga di kampung.
Wanita itu dikatakan 'naik hantu' kerana terpaksa menanggung hidup ibunya.
"Saya sudah penat menjaganya," katanya di hadapan jiran tetangganya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!