Pemain bola jaring cilik pamer sikap terpuji

Iklan

SHAH ALAM - 'Melentur buluh biarlah daripada rebungnya'. Itulah peribahasa yang sesuai sekiranya mahu melahirkan anak yang hebat dari segi akademik dan sahsiah diri pada masa akan datang.

Anak- anak mampu menyerlahkan bakat dan mempunyai sikap yang baik sekiranya dirumah mereka didedahkan dengan persekitaran positif kerana acuan ibu bapa akan membentuk keperibadian mereka.

Iklan
Iklan

Menurut Nurul Shafiqa Suki, 27, pendekatan ibu bapa sangat penting kerana karakter anak-anak bermula dari rumah sama ada menjadi seorang insan yang baik atau sebaliknya.

"Bagi saya didikan ibu bapa sangat penting, tidak boleh mengharapkan guru sepenuhnya dalam mendidik anak kita. Kadang-kadang perangai mereka berbeza ketika di rumah dan sekolah.

Iklan

"Saya tahu dan faham sebab saya pun seorang guru. Apa yang saya buat sentiasa bertanyakan guru mengenai perangai anak-anak di sekolah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu, viral sebuah video di aplikasi Tik Tok memaparkan seorang kanak -kanak perempuan, Khawla Sofea Mohd Najmi, 6, membantu kawannya ketika dalam perlawanan bola jaring di sekolahnya.

Iklan

Menerusi video tersebut kanak-kanak berkenaan dilihat berpatah balik selepas melihat kawannya jatuh dan tidak dibantu orang lain.

Tambah Nurul Shafiqa, dia bangga dengan sikap anaknya yang dilihat suka membantu kawan.

"Saya bangga dengan dia dan harap sikap sebegitu dapat dikekalkan sehingga dewasa. Mungkin dia nampak apa yang saya pratikkan kepada mereka adik beradik ketika kesusahan.

"Contohnya, kalau anak menangis saya akan peluk dan tenangkan mereka. Mungkin dia tiru dari situ," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!