Majoriti hampir tiga kali ganda
Iklan
SUNGAI BAKAP - Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N20 Sungai Bakap selepas calonnya Abidin Ismail menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti lebih besar iaitu 4,267 undi.
Bekas eksekutif logistik itu memperoleh 14,489 undi, menewaskan pencabarnya, calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara dengan 10,222 undi.