Lima premis letak barang tempat awam kena tindakan

Iklan
Operasi itu dilaksanakan pada Jumaat malam oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Wangsa Maju.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan pindah halangan terhadap lima premis menjalankan perniagaan di sekitar Parlimen Wangsa Maju di ibu negara.

DBKL memaklumkan, operasi itu dilaksanakan pada Jumaat malam oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Wangsa Maju.

Iklan
Iklan

"DBKL membuat lima tindakan pindah halangan itu menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 atas kesalahan meletakkan barangan yang berkaitan dengan perniagaan di tempat awam," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Menurut kenyataan itu, semua barangan dan peralatan yang disita dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan

Iklan

"Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

"Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan http://adukl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do," katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!