RM400,900 lebur ditipu pelaburan tidak wujud

Iklan
Seorang lelaki warga emas mengalami kerugian sebanyak RM400,900 setelah terperdaya dengan sindiket pelaburan mata wang digital yang tidak wujud pada Mac lepas.Gambar hiasan

BATU PAHAT - Seorang lelaki warga emas mengalami kerugian sebanyak RM400,900 setelah terperdaya dengan sindiket pelaburan mata wang digital yang tidak wujud pada Mac lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa berusia 64 tahun itu telah berurusan dengan inidvidu tidak dikenali melalui laman Facebook sebelum meneruskan komunikasi melalui aplikasi WhatsApp.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan keuntungan besar ditawarkan menerusi pelaburan mata wang digital itu telah diberikan satu pautan laman web.

"Mangsa kemudiannya memasukkan maklumat di dalam platform tersebut.

Iklan

"Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Shahrulanuar berkata, mangsa kemudiannya menerima mesej daripada suspek menyatakan akaun pelaburannya telah disita oleh Kementerian Kewangan Amerika Syarikat dan perlu membuat bayaran sebanyak tiga peratus dari jumlah pelaburan untuk menebusnya.

Iklan

"Mangsa tidak berbuat demikian kerana mengesyaki telah ditipu dan membuat laporan polis pada Sabtu. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!