Bayar 'extra' kalau nak khidmat seks

Iklan
Antara wanita warga asing yang ditahan polis dalam serbuan premis di sekitar Lembah Klang, pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Tawar khidmat urut wanita warga asing serendah RM60, namun di sebalik itu menyediakan khidmat seks dengan bayaran tambahan.

Itu antara taktik lapuk yang berselindung di sebalik premis urut di sekitar Lembah Klang pada Jumaat yang digempur Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Bukit Aman hasil maklumat dan risikan.

Iklan
Iklan

Serbuan operasi mega bermula jam 3 petang itu dijalankan di Kuala Lumpur bagi daerah Brickfields, Cheras dan Dang Wangi serta Selangor membabitkan kawasan Kajang, Gombak dan Ampang.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, sebanyak 10 serbuan dilaksanakan dan berjaya menangkap 39 wanita warga asing berusia lingkungan 19 hingga 50-an dipercayai bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut.

Iklan

Menurutnya, wanita ini terdiri daripada 22 warga Thailand, Vietnam (5), Indonesia (5), Laos (6) dan seorang Kemboja.

Polis membuat 10 serbuan premis urut di sekitar Lembah Klang, pada Jumaat.

"Turut ditahan sembilan lelaki termasuk seorang warga asing merupakan penjaga kaunter premis selain seorang pelanggan premis.

Iklan

Beliau berkata, siasatan mendapati premis-premis urut ini menjalankan operasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 1 pagi dengan mendapatkan khidmat secara 'walk in' selain menerusi aplikasi WhatsApp.

Katanya, kebanyakan premis urut ini menyasarkan warga asing dan pelanggan tetap sahaja.

Jelasnya, harga bagi pakej perkhidmatan seks yang ditawarkan bermula daripada RM150 sehingga RM320 bagi satu sesi manakala bagi urutan badan RM60 sehingga RM120.

"Bayaran tambahan turut dikenakan sebanyak RM50 ke RM80 untuk khidmat lain," ujarnya.

Tambah Mohamad Farouk, kebanyakan wanita asing ini menyalahgunakan pas lawatan sosial dan terdapat juga yang tiada sebarang dokumen pengenalan diri semasa ditahan.

"Kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!