Tawar judi Euro di sebalik kondominium

Iklan
Antara laman web judi bola sepak Euro yang dikesan susulan penahanan dua lelaki dalam serbuan di unit kondominium di ibu negara, pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Dua lelaki dipercayai dibayar gaji sehingga RM5,000 untuk lakukan pertaruhan judi bola sepak Euro 2024, di sini, dicekup pada Sabtu.

Operasi di dua unit kondominium di Jalan Genting Klang dan Taman Wahyu, kira-kira jam 9 pagi itu dijalankan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Bukit Aman hasil maklumat dan risikan.

Iklan
Iklan

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dua lelaki tempatan yang ditahan disyaki berperanan sebagai penganjur.

Katanya, risikan telah dijalankan ke atas laman web yang disyaki menjalankan kegiatan catit taruh perjudian secara dalam talian berkait bola sepak Euro 2024.

Iklan

"Siasatan mendapati gaji yang diterima sebulan adalah sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 dan kegiatan itu mengaut untung sehingga RM12,000 sehari.

"Dipercayai kegiatan ini beroperasi 24 jam dan mempunyai syif bagi melakukan urusan pertaruhan di kondominium," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, siasatan dijalankan untuk mengenal pasti rangkaian suspek.

Katanya, kedua-dua tangkapan masing-masing dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dan IPD Sentul untuk tindakan lanjut.

Tegasnya, orang ramai dinasihat tidak terbabit dengan sebarang aktiviti perjudian haram dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti sedemikian untuk melaporkan kepada pihak polis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!