Dua remaja maut dalam nahas berasingan

Iklan
Mangsa maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang dipercayai merempuh belakang sebuah treler di Jalan Pintasan Kuantan pada awal pagi Ahad. Foto: FB Polis Trafik Kuantan

KUANTAN - Dua remaja maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan berasingan awal pagi Ahad.

Kemalangan pertama melibatkan pelajar sebuah sekolah menengah dekat sini selepas motosikal ditunggangnya dipercayai merempuh belakang sebuah treler di Jalan Pintasan Kuantan.

Iklan
Iklan

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.40 pagi itu, mangsa, Muhammad Hakimie Amin Mohd Rosli,17, beralamat dari Taman Pandan Damai di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, bagaimanapun pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika treler jenis Scania dipandu lelaki berusia 27 tahun dalam perjalanan dari arah Semambu menghala ke Gebeng manakala mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR juga dari arah sama.

"Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Iklan

Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, beliau berkata, dalam satu lagi kemalangan, seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit nahas dengan sebuah kereta di persimpangan Pantai Batu Hitam, Jalan Kuantan-Kemaman dekat sini.

Wan Mohd Zahari berkata, mangsa, Shariff Danish Mazlan, 16, beralamat dari Kampung Beta Hilir, Kota Bharu, Kelantan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah HTAA.

"Siasatan awal mendapati kemalangan kira-kira jam 12.15 pagi itu berlaku ketika kereta jenis Perodua Myvi dipandu pelajar berusia 22 tahun dari arah Jalan Beserah menghala ke Pantai Batu Hitam.

Keadaan kereta jenis Perodua Myvi yang terbabit nahas mengorbankan nyawa seorang remaja di persimpangan Pantai Batu Hitam, Jalan Kuantan-Kemaman awal pagi Ahad. Pix Fb Polis Trafik Kuantan

"Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta dipercayai membelok masuk ke simpang kanan manakala mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah bertentangan dipercayai gagal mengelak lalu terlanggar kereta berkenaan," katanya.

"Mangsa yang parah akibat kemalangan tersebut dihantar ke HTAA untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 pagi," ujarnya

Beliau berkata, berkata kemalangan maut yang meragut nyawa dua remaja itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!