'Takdir tertulis saya terima anugerah tokoh Maal Hijrah Pahang'

Iklan
Abdul Ghani (kanan) menerima replika cek daripada Al-Sultan Abdullah selepas dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1446 Hijrah di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini, pada Ahad.

KUANTAN - Mantan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Abdul Ghani Lebai Sulaiman yang diumum Tokoh Maal Hijrah Pahang 1446H/ 2024M menganggap anugerah diterima sebagai takdir sudah tertulis oleh ALLAH SWT.

Abdul Ghani, 81, yang berkhidmat selama 30 tahun dalam sektor kerajaan bersyukur di atas anugerah diberikan walaupun merasakan ada individu lain lebih layak menerima penghormatan tersebut.

Iklan
Iklan

"Bagi saya ramai lagi tokoh yang patut (layak) terima (anugerah) tokoh (Maal Hijrah) ini, tapi tahun ini ditakdirkan ALLAH, saya akur dan menerimanya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas berakhirnya majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1446 Hijrah di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini, pada Ahad.

Iklan

Anugerah tersebut dikurniakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada majlis yang turut dihadiri Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Abdul Ghani menerima wang tunai RM10,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Iklan

Bapa kepada tujuh anak itu memberitahu, beliau berkhidmat dalam kerajaan negeri Pahang sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1981 dan 1996.

Jelasnya, khidmat yang diberikan sebelum ini melayakan untuk dirinya menerima anugerah tersebut

"Saya juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kementerian Pertahanan, Pegawai Kewangan Negeri Melaka dan Pegawai Kemajuan Negeri Sarawak," katanya.

Anak kelahiran Chenor itu juga terlibat dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti Ahli Lembaga Pengarah Yayasan At-Tibyan dan Ahli Lembaga Pengelola Koleh Islam Pahang.

Pada sambutan itu juga, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang diumumkan penerima Anugerah Inovasi Jabatan Kerajaan.

Penerima Anugerah Inovasi Kakitangan Kerajaan, Swasta, Badan Berkanun, IPT Pahang ialah Arkitek Penguasa Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, Mohammad Effendi Salleh.

Skuad Cakna Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pula menerima Anugerah Sukarelawan Ummah.

Setiap penerima menerima wang tunai RM5,000 dan sijil penghargaan.