'Kaum bukan Melayu bukan punca kekalahan PH di Sungai Bakap'

Iklan
Wendy Subramaniam (kiri), Laporan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Dakwaan kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap disebabkan kaum bukan Melayu tidak keluar mengundi tidak adalah berasas.

Ketua Penerangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wendy Subramaniam berkata, kenyataan itu juga tidak adil kepada pengundi bukan Melayu yang setia menyokong proses demokrasi negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sepatutnya membuat rumusan bahawa pengundi bukan Melayu sudah malas untuk melayan cakap kosong dan formula songsong daripada beliau.

"Tanggungjawab untuk menang dalam pilihan raya terletak pada kemampuan parti untuk memahami dan memenuhi kehendak serta aspirasi semua rakyat tanpa mengira kaum," katanya.

Iklan

Pada Sabtu, Rafizi menilai keputusan PRK DUN Sungai Bakap dipengaruhi peratusan keluar mengundi bukan Melayu yang rendah.

Menerusi catatannya di laman sosial menerusi aplikasi X, Rafizi dilaporkan berkata, analisa awal PRK Sungai Bakap menunjukkan jumlah pengundi Melayu adalah seramai 70 peratus, Cina (47 peratus) dan India (58 peratus).

Iklan

Ujarnya, dengan jumlah keluar mengundi yang sangat berbeza di antara pengundi Melayu dan bukan Melayu, kerusi Sungai Bakap menjadi kerusi majoriti besar Melayu - saluran-saluran bertukar dari Melayu-bukan Melayu dengan nisbah 55:45 kepada 75:25.

Mengulas lanjut, Wendy berkata, Rafizi seharusnya introspeksi dan mengkaji kelemahan dalam strategi dan pendekatan PKR yang mungkin telah menyumbang kepada kekalahan berkenaan.

"Menyalahkan pengundi, lebih-lebih lagi berdasarkan kaum, hanya akan meretakkan lagi perpaduan dan melemahkan kepercayaan rakyat terhadap parti.

"Sokongan pengundi tidak dibina dalam sehari, lebih-lebih lagi tidak boleh dianggap sebagai hak semula jadi.

"Parti anda sepatutnya merenung kembali bagaimana untuk berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik dalam usaha untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan mereka," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!