Juruteknik mesin Singapura tunggang motosikal berkuasa tinggi maut

Iklan
Tangkap layar video tular berkaitan kemalangan berdurasi 34 saat yang memaparkan Perodua Viva terbabit secara tiba-tiba menukar haluan sehingga menyebabkan motosikal tidak dapat mengelak dan kemalangan berlaku.

JOHOR BAHRU - Seorang juruteknik mesin di Singapura yang menunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas mangsa dipercayai melanggar sebuah kereta yang mengubah haluan secara tiba-tiba di Jalan Lingkaran Dalam di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian pada jam 4.05 petang menghala ke Bangunan Sultan Iskandar itu, mangsa gagal mengelak kereta terbabit.

Iklan
Iklan

"Mangsa lelaki warga tempatan berusia 20 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pihak polis membuka kertas siasatan atas kemalangan yang membabitkan Perodua Viva dipandu lelaki warga tempatan berusia 40-an yang bekerja sebagai penghantar barang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan
Keadaan motosikal ditunggang mangsa.

Beliau berkata, semasa kejadian Perodua Viva terbabit dari arah Skudai ke Permas Jaya, setiba di lokasi telah ubah haluan dari lorong kanan ke kiri yang menyebabkan mangsa menaiki motosikal jenis SRK 600 RC melanggar bahagian depan kereta terbabit.

"Pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa tercampak di bahu kiri jalan manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan," katanya.

Iklan

Menurut Raub, hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu kereta bebas daripada sebarang jenis dadah.

Pemandu terbabit ditahan dan direman empat hari, katanya.

Kes itu katanya,disiasat dibawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Terdahulu, tular video papan pemuka berkaitan kemalangan berdurasi 34 saat yang memaparkan Perodua Viva terbabit secara tiba-tiba menukar haluan sehingga menyebabkan motosikal tidak dapat mengelak dan kemalangan berlaku.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!