Penunggang motosikal maut dirempuh kereta

Iklan
Penunggang motosikal maut manakala warga emas yang merupakan pejalan kaki mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 25, Jalan Lipis Merapoh di sini pada Ahad.

LIPIS - Seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh akibat melanggar seorang pejalan kaki dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Lipis Merapoh di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, Zaiful Said, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pejalan kaki berusia 84 tahun mengalami kecederaan parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, mangsa dari Felda Kechau Dua dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pos Sinderut manakala warga emas dari kedai tayar mahu seberang jalan untuk minum pagi bersama rakannya.

Keadaan motosikal milik mangsa selepas melanggar warga emas dalam satu kemalangan di Kilometer 25, Jalan Lipis Merapoh di sini pada Ahad.

Menurutnya, mangsa dikatakan melanggar warga emas yang secara tiba-tiba melintas sebaik sampai di lokasi kejadian.

Iklan

"Susulan itu, mangsa dan warga emas itu terjatuh di tengah jalan, sebelum sebuah kereta berwarna merah dari arah Merapoh menuju ke Lipis melanggar penunggang motosikal yang berada di tengah jalan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa maut manakala warga emas dibawa ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Ismail berkata, berdasarkan rakaman camera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian kereta terbabit dalam kemalangan itu berwarna merah dan pemandunya berhenti seketika sejurus merempuh mangsa.

Katanya, bagaimanapun pemandu kereta terbabit terus beredar meninggalkan lokasi kejadian.

"Polis meminta kerjasama pemandu kereta terbabit atau saksi kejadian tampil membantu siasatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!