Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula

Iklan
Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal (kanan) membuang undi untuk mengundi semasa pusingan kedua pilihan raya parlimen Perancis di sebuah pusat mengundi di Vanves, pinggir bandar Paris. Foto AFP

PARIS - Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi (0600 GMT) dan keputusan dijangka diumumkan pada sebelah petang.

Iklan
Iklan

Persoalan utama adalah sama ada parti National Rally pimpinan Le Pen dan sekutunya mampu mencapai majoriti mutlak sebanyak 289 kerusi daripada 577 kerusi dalam Dewan Rendah Parlimen Perancis.

Dalam pusingan pertama yang berlangsung hujung minggu lalu, National Rally mengatasi gabungan berhaluan kiri New Popular Front (NFP) dan gabungan Centrist Ensemble Alliance Presiden Emmanuel Macron.

Iklan

Tinjauan pendapat terkini meramalkan National Rally dan sekutunya akan memperoleh antara 175 hingga 215 kerusi.

Presiden Macron berhasrat untuk terus kekal sehingga pilihan raya presiden akan datang pada 2027. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!