Enam cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol

Iklan
Bermula 7 hingga 14 Julai, ratusan orang akan mengejar enam ekor lembu jantan dan ada di antaranya seberat lebih 600 kilogram, melalui lorong-lorong sempit Pamplona sejauh 875 meter menuju ke arena. Foto AFP

MADRID - Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Seorang mangsa mengalami kecederaan di kepala, manakala lima yang lain mengalami lebam, kata jurucakap perkhidmatan kesihatan tempatan kepada penyiar awam RTVE.

Iklan
Iklan

Beberapa mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital.

Bermula 7 hingga 14 Julai, ratusan orang akan mengejar enam ekor lembu jantan dan ada di antaranya seberat lebih 600 kilogram, melalui lorong-lorong sempit Pamplona sejauh 875 meter menuju ke arena.

Iklan

Lembu-lembu itu kemudiannya dikurung di gelanggang sebelum diletakkan bersama matador untuk pertarungan.

Sejak 1924, terdapat 16 kematian dan yang kali terakhir pada 2009.

Iklan

Aktivis hak haiwan menyifatkan acara larian lembu ini sebagai"kekejaman zaman pertengahan".

Namun begitu, festival ini terus menarik ribuan pelawat dari seluruh dunia. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!