Enam jam kaki tersepit di batu sungai

Iklan
Kaki mangsa terjerlus ketika meniti di atas batu semasa hendak menjala ikan di Sungai Hulu Balai, Kampung Kuala Balah di Jeli pada Ahad. Foto Ihsan JBPM

JELI - Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kakinya terjerlus ketika meniti di atas batu semasa hendak menjala ikan di Sungai Hulu Balai, Kampung Kuala Balah di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa Mohd Hulul Izmi Mohd Kamil, 31, bersama tiga lagi rakannya dikatakan berkhemah di kawasan tersebut sejak Sabtu.

Iklan
Iklan

Rakan-rakan dikatakan cuba membantu mengeluarkan mangsa namun gagal sehinggalah mereka membuat keputusan untuk meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mangsa telah dihantar ke Klinik Kuala Balah untuk mendapatkan rawatan. Foto Ihsan JBPM

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.11 petang melibatkan seorang lelaki dipercayai kakinya tersepit dicelah batu.

Iklan

"Apabila tiba di lokasi, diddapati kaki mangsa tersepit di batu sungai.

"Kami menggunakan peralatan 'rescue tool' dan sekitar jam 6.40 kaki mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurut beliau, pada jam 8.30 malam mangsa telah dihantar ke Klinik Kuala Balah untuk mendapatkan rawatan.

JBPM menggunakan peralatan 'rescue tool' dan sekitar jam 6.40 kaki mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan. Foto Ihsan JBPM

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!