Skuad Brazil terburuk sepanjang zaman

Iklan
Dorival Junior (kiri) mengambil tanggungjawab di atas aksi buruk Brazil di Copa America 2024. Foto Agensi

MEDIA Brazil tidak menunggu masa yang lama untuk melontarkan kritikan pedas terhadap skuad Samba kendalian Dorival Junior selepas mereka tersingkir daripada kejohanan Copa America 2024.

Brazil tersingkir di suku akhir apabila tumpas kepada Uruguay 4-2 menerusi penentuan penalti selepas perlawanan berakhir tanpa jaringan di Stadium Allegiant, Las Vegas pada Ahad.

Iklan
Iklan

Turun tanpa khidmat Vinicius Junior yang digantung perlawanan menyaksikan juara sembilan kali kejohanan itu bergelut untuk mencipta peluang, walaupun mempunyai kelebihan pemain pada lewat babak kedua apabila pemain Uruguay, Nahitan Nandez dilayangkan kad merah.

Persembahan hambar Brazil mendapat maklum balas negatif daripada akhbar Brazil yang rata-rata melabel skuad kali ini adalah terburuk dalam sejarah.

Iklan

Akhbar Leo Dias meletakkan 'memalukan' sebagai tajuk utamanya mengenai kekalahan Brazil.

Sementara Folha melabelkan skuad Brazil kali ini sebagai tiada harga diri.

Iklan

Dalam pada itu, legenda Brazil, Ronaldinho amat kecewa dengan perjalanan skuad Samba di Copa America dan menganggap pemain yang disenaraikan ke kejohanan itu lembik, cepat berputus asa dan kuat 'merengek' di atas padang.

"Tiada pemain yang boleh jadi ketua yang dihormati dan saya tidak pernah melihat situasi teruk seperti ini.

"Persembahan mereka amat menyedihkan dan ini mungkin skuad paling buruk yang saya pernah lihat,” katanya.

Sementara itu, Dorival memberitahu wartawan selepas perlawanan bahawa dia memikul tanggungjawab di atas kegagalan Brazil.

"Ini bukanlah keputusan yang kami harapkan tetapi masih ada ruang untuk perbetulkan kesilapan, bangkit dan maju pada masa hadapan,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!