'Dapatkan kembali pengundi Melayu'
Iklan
SHAH ALAM - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap memberi gambaran bahawa kekuatan sokongan pengundi Melayu bagi kawasan berkenaan masih lagi dikuasai parti pembangkang.
Bagaimanapun Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi dari Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berpandangan, sukar untuk mengatakan gelombang hijau masih kuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan kerana jumlah peratusan keluar mengundi adalah rendah.