Masalah mental si pencuri baju dalam

Iklan
Laporan Sinar Harian.

BARU-baru ini tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki disyaki mencuri beberapa pakaian yang disidai di hadapan sebuah rumah dekat kawasan perumahan di Banting.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki yang memakai baju merah dan bertopi biru itu telah memanjat pagar serta kelihatan berlegar-legar di dalam kawasan rumah.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, polis telah menerima laporan daripada seorang lelaki dan suspek sedang giat dikesan.

Kejadian sama turut berlaku pada 15 Mei lalu di sebuah kawasan perumahan di Titi Teras, Balik Pulau apabila polis menerima laporan daripada seorang wanita yang menyedari pakaian yang dijemur di ampaian rumahnya telah hilang.

Iklan

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, wanita itu telah memeriksa rakaman CCTV di rumahnya dan mendapati seorang lelaki tidak dikenali telah mengambil pakaian dalam miliknya.

Di Kuala Nerus pula, polis menahan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran selepas disyaki mencuri pakaian dalam pelajar sebuah universiti awam.

Iklan

Video kejadian yang berlaku pada tahun 2018 itu turut tular di media sosial yang memaparkan suspek berusia 37 tahun itu berlegar-legar di kawasan ampaian di kediaman pelajar perempuan.

Sudah banyak sebenarnya perkongsian di media sosial berhubung kecurian pakaian terutamanya pakaian dalam wanita yang berjaya dirakam CCTV.

Pelaku juga bukan terhad kepada peringkat umur tertentu sahaja, selain daripada dewasa serta warga emas, ia boleh berlaku dalam julat umur bermula remaja.

Fetish seksual

Menurut Pensyarah Kanan, Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Shazli Ezzat Ghazali, perbuatan mencuri pakaian dalam wanita dari sudut psikologinya dikenali sebagai ‘fetish seksual’ atau ‘parafilia’ membabitkan rangsangan atau kepuasan seksual yang diperoleh daripada mencuri atau memiliki objek itu.

Tambahnya, mencuri pakaian dalam wanita juga memberi manifestasi kuasa atau penguasaan serta hubungan simbolik terhadap individu yang dapat memilikinya dan perbuatan itu boleh memuaskan secara psikologi pelakunya.

Ujarnya, golongan fetish seksual ini tidak termasuk dalam golongan orang kurang siuman dan individu yang berdepan masalah itu perlu mendapatkan bantuan ahli psikologi, kaunselor atau pakar psikiatri untuk mengatasi masalah mereka.

Bagaimanapun, Shazli Ezzat turut mengingatkan bahawa bukan semua lelaki yang terbabit dan membenarkan perlakuan keji tersebut.

Cadangan yang dilontarkan oleh penganalisis jenayah, Kamal Afendi Hashim agar kerajaan mewujudkan pusat khas bagi menangani golongan yang berdepan ketagihan perlakuan seksual luar biasa bagi mendapatkan bantuan serta rawatan perlu diberi pertimbangan sewajarnya.

Menurutnya, bukan sahaja mereka yang ketagihan alkohol, gam dan dadah yang mahu kembali ke pangkal jalan, malah golongan yang ketagih perlakuan seksual luar biasa juga mahu keluar dari masalah itu.Mereka perlu dibantu, tegasnya.

Jika menjemur pakaian di dalam kawasan rumah sudah tidak lagi selamat, mana lagi mahu dijemur?

Sebenarnya, dalam kita menjemur pakaian pun ada adabnya. Bukan semua pakaian yang dibasuh itu boleh dijemur di halaman rumah.

Dalam Islam misalnya, ada adab yang diajarkan dalam menjemur, lebih-lebih lagi pakaian dalam, bukan sahaja milik wanita tetapi juga lelaki dan kanak-kanak.

Adabnya mudah sahaja, jangan menjemur pakaian dalam di tempat yang boleh menjadi pandangan umum. Jemurlah di kawasan yang tersorok atau di dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik. Lagipun, pakaian dalam selalunya mudah kering terutamanya jika dijemur di bawah kipas.

*Puperahaizad Darsono ialah Penyunting Sinar Harian