Pupuk amalan bersolidariti untuk Palestin sejak kecil

Iklan
Pupuk amalan bersolidariti untuk Palestin sejak kecil. Foto Selangorkini

SELEPAS sembilan bulan Palestin diserang bertubi-tubi tanpa belas kasihan oleh rejim Israel, kini angka kematian rakyat wilayah tersebut meningkat kepada 38,153 orang, lapor Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza.

Menurut Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), bilangan keluarga atau isi rumah di sana terus menghadapi pengusiran, kemusnahan besar-besaran dan hidup dalam ketakutan.

Iklan
Iklan

Sehingga kini, usaha untuk mencapai gencatan senjata secara kekal masih menemui jalan buntu meskipun beberapa pusingan rundingan telah dibuat.

Umum mengetahui, Malaysia sentiasa berpegang teguh dengan hasrat mahu menjadikan Palestin sebagai negara yang berdaulat dan bebas daripada sebarang konflik peperangan serta pergolakan.

Iklan

Oktober lalu, Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil yang gamat dengan kehadiran 20,000 pengunjung isyarat jelas bahawa negara ini amat peduli terhadap nasib rakyat Gaza di pelbagai peringkat.

Selain itu, pada Mei berlangsungnya Himpunan 100K Bela Palestin dengan kehadiran pelbagai kaum bagi membantah kezaliman berterusan rejim Zionis.

Iklan

Begitu juga dengan Himpunan Mega Demi Palestin yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur dengan perarakan sejauh lebih lima kilometer dari Menara Tabung Haji (TH) di Jalan Razak hingga ke Padang Merbok.

Terbaharu, pada malam Ahad, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan ‘Malam Ehsan Untuk Insan’ bertemakan Gaza Bangkit demi menyuarakan pendirian dan menyatakan sokongan buat Palestin.

Pada saat orang ramai mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan selawat, mata pemberita tertumpu kepada kanak-kanak kecil yang turut menyatakan sokongan sebagai tanda peduli dengan nasib menimpa rakyat di wilayah bergolak itu.

Terasa bangga apabila melihat kanak-kanak seawal usia satu hingga 10 tahun dididik dengan perasaan cintakan Palestin dan sanggup mengikut ibu bapa ‘turun padang’ bersolidariti bersama-sama.

Bukan itu sahaja, mereka malah tidak kisah berhimpit dan bersesak di samping keluarga sedangkan kita semua tahu kanak-kanak sinonim dengan karakter mahu sentiasa bermain sesuai usia.

Usaha kecil sebegini sepatutnya dipandang serius kerana anak kecil generasi semasa mampu menjadi pemangkin dan peneraju sosialisasi lebih-lebih lagi dalam mengetengahkan isu Palestin pada masa hadapan.

Syabas diucapkan kepada ibu bapa di atas didikan yang benar dalam mencorak cantik peribadi anak-anak agar mereka dilatih menjadi individu berempati tinggi dan sentiasa mengambil berat tentang nasib menimpa saudara sesama Islam.