Lelaki maut motosikal rempuh kereta

Iklan
Seorang penunggang motosikal maut setelah terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah kereta di Jalan Lahat, Simpang Pulai, di Ipoh pada Ahad. Foto PDRM

IPOH - Seorang penunggang motosikal maut setelah terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah kereta di Jalan Lahat, Simpang Pulai, di sini pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa menunggang motosikal dari arah Simpang Pulai menghala ke Botani.

"Motosikal dinaiki terbabas, masuk ke laluan bertentangan lalu terlanggar bahagian depan kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun.

"Manakala pemandu bersama seorang lagi penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Iklan

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan chest injury due to road traffic crash," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Abang Zainal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan).

Iklan

Justeru, beliau meminta mereka yang menyaksikan kemalangan itu supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 013-6713177 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!