Pegawai farmasi dinobatkan juara KWC Model Search 2024

Iklan
Nurul Elifa Mohd Zaini Tee (tiga, kanan) dinobatkan sebagai pemenang utama KWC Model Search 2024 bergambar bersama para pemenang lain.

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai farmasi, Nurul Elifa Mohd Zaini Tee, 32, atau lebih mesra dengan panggilan Efa (berjaya merangkul gelaran juara KWC Model Search 2024 dan ‘Miss Harry Collection’ dalam pertandingan KWC Model Search 2024 telah melabuhkan tirainya minggu lalu.

Dengan kemenangan itu, Eefa membawa pulang hadiah utama iaitu cek bernilai RM3,000, manakala pemenang tempat kedua pula disandang Amira Adilah Salehudin, 23, yang mendapat hadiah cek bernilai RM1,500 dan tempat ketiga dimenangi oleh Putri Noradlina Hairolhizam, 22, serta menerima cek bernilai RM1,000.

Iklan
Iklan

Manakala bagi kategori KWC Favourite oleh KWC Fashion Wholesale pula dimenangi oleh Iylia Rafhanah Mohammad, 34, dan Chieng Dee Ling, di mana masing-masing menerima cek bernilai RM500. Sementara Norfarahin Syamimie Azman, 32, memenangi gelaran ‘Miss KOOKi’.

Miss KOOKi menerima cek RM1,000 dan Miss Harry Collection menerima cek bernilai RM1,000 bersama produk penaja yang lain.

Iklan

KWC Model Search 2024 bertujuan memberi peluang kepada wanita muda menonjolkan bakat sebagai seorang peragawati yang berkeyakinan tinggi, kreatif dan inovatif dalam industri fesyen melalui kursus ‘modelling’ bersama agensi Raffael Models seiring dalam memperkasakan wanita dalam pertandingan ini.

Selaras dengan objektif program ini, Harry Collection, butik KOOKi, ELENA, AF Advance Collection, Min Luxury Perfume, Alha Alfa dan Pasar Besar adalah penaja utama untuk acara pentas akhir KWC Model Search 2024 dan KWC bersama ‘You You Beauty’ menganjurkan kelas solekan bersama juru solek selebriti Ummi Kay secara percuma untuk memberi peluang kepada wanita di KWC membina keyakinan diri dalam perniagaan pada jam 11 pagi sehingga 1 petang.

Iklan

Menurut, Pengurus Pengiklanan & Promosi KWC Fashion Wholesale, Wendy Lam, pertandingan ini telah menunjukkan peningkatan prestasi yang cemerlang setiap finalis dalam mempamerkan bakat mereka serta mempersiapkan mereka melalui kursus peragawan untuk membina kerjaya dalam industri fesyen dan hiburan.

"Program ini bukan setakat pencarian model, tetapi merupakan membuka peluang untuk wanita yang bercita-cita menjadi seorang model yang memiliki personaliti menarik, beretika dan pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden pada hari ini.

"Ini juga merupakan inisiatif dalam membentuk Wanita Madani dalam industri yang penuh dengan cabaran,” katanya.

Pendaftaran untuk KWC Model Search 2025 akan bermula pada suku terakhir tahun 2024.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari kenangacity.com.my.